Friday, June 3, 2011

Kukuhkan Benteng

Baru baru ni kami mengalami banyak masalah yang perlu kami tanggung bersama. Sabar bebanyak ye kawan2ku..kuatkan semangat, katakan dalam hati, Allah sengaja menguji keimanan kita. Yang paling penting, kepercayaan bersama perlu wujud dalam kalangan kita.

Friday, April 22, 2011

Eratkan Ukhuwah

Indahnya bila ukhuwah terbina atas dasar cintakan Allah. Hidup bersama di muka bumi ini kita saling berkongsi keindahan ciptaan Allah. Moreover, kita juga pasti akan berkongsi segala kegembiraan bersama. Peristiwa malam itu tidak akan ku lupakan, sambut Besday Shafinaz n Aina. Alhamdulillah, kami semua bergembira, bergelak ketawa bersama, menyanyi bersama, makan bersama. Kami(aishah n aeni) bersusah payah nak buat suprise kek yang dibeli atas perkongsian duit bersama. Punyalah kaver takut kantoi dengan harapan kedua mereka gembira.Kek tu pun tak la seberapa, sedap pun sedapp la juga, hehe..

Yang bestnya, sewaktu semua f3 ada dalam pentri kami berdua keluar untuk bawa kek masuk sbb nk buat suprise la kan..Then, salah seorg dari kami lari ke pentri n ckp, "Tutup lampu, ustazah ada kat bawah, cepatt!" Punyalah gelabah 'kanak2' yang ada dalam pentri tu sbb waktu tu K.Aimi jerit dari bawah "Sapa ada kat atas tutup lampu!", makin cuak la mereka tu, haha, waktu study kami lak bergembira sakan dlm pentri, sapa yang tak kecut perut bila dapat tau ustazah ada kat bawah.

Beberapa saat kemudian, kami berdua, bawa la kek tu ke pentri yang gelap n bising dek bunyi 'kanak2' yang penakut dlm tu. Kami buka pintu n nyanyi 'Hepi Besday to You', punyalah terkejut beruk kesemua yang ada, Rupa2nya, semua tu lakonan semata mata kami dengan kerjasama kak.Aimi, sorry ye, hehe
AnyWay, May Allah Bless U 2, Nooraina Zahirah & Nurshafinaz !

from : we all ♥

Thursday, April 7, 2011

Berubah atau Tidak

Tinggal di asrama banyak kelebihannya seperti dpt mendekatkan diri dengan Allah melalui program yg disediakan setiap hari. Persoalannya, kita berubah atau tidak ? Kalau berubah, positif atau negatif ?

Sekarang ni, ramai yg berkata "aku dah berubah", tapi dengan yakinnya, "aku dah berubah 100%", sesungguhnya, Nobody Perfect !

analisalah diri sendiri
*adakah anda sudah berubah
*sejauh manakah perubahan anda ?
*anda berubah ke arah positif atau negatif ?
*kenapa perlu beritahu org lain yg anda sudah berubah ?
*perlukah org lain selain Allah tahu yg anda dah berubah ?
*untuk siapakah anda berubah ? Allah atau pandangan orang ?

Kenapa kita suka nilai diri orang lain sebelum menilai diri sendiri ? Dengan alasan "kita berubah seiring sejalan". Sebenarnya tak salah kita mengajak org seiring sejalan membuat kebaikan. Tetapi, remaja atau manusia masa kini berubah mengikut pengaruh dari org lain atau sebaliknya. Kenapa tidak mulakan dengan diri kita dahulu? Then, barulah ajak org lain sebab "pengaruh" itu.

Jadilah Qudwah Hasanah kepada rakan-rakan anda sekalian. Kesimpulannya, nilailah diri anda sebelum anda menilai org lain.

Wallahualam..

http://www.youtube.com/watch?v=Q7zfUTDReWk&feature=related

Adab Melayan Tetamu (tazkirah)

Tazkirah form3 : aeniy
 
KONSEP MELAYAN TETAMU
1.TETAMU – Orang yang menziarahi orang lain sama ada dijemput ataupun tidak dijemput.
2.Menerima dan melayan tetamu adalah amalan yang amat digalakkan dalam islam.
 
ADAB TERHADAP TETAMU
1.MEMBERI LAYANAN YANG BAIK
- Menyambut tetamu
- Bersalaman
- Mempersilakan masuk
- Menyediakan tempat yang selesa
 
2.BERSIFAT IKHLAS DAN BERLAPANG DADA
- Gembira tetamu datang
- Tidak berasa kedatangan tetamu mengganggu aktiviti harian.
3.     
        MENJAMU TETAMU- Sedia makanan terbaik mengikut kemampuan.
- Jemput tetamu makan dan jangan mengemas sehingga tetamu selesai
makan.
 
4.MENYEDIAKAN KEMUDAHAN YANG BAIK KEPADA AHLI KELUARGA
-Terutama apabila tetamu hendak bermalam.
 
5.BERMUKA MANIS
- Sentiasa senyum
- Berbual-bual
- Tutur kata yang tidak menyinggung perasaan.
 
KELEBIHAN MELAYAN TETAMU
Membantu perkembangan institusi pelancongan
Menarik perhatian orang bukan islam terhadap keindahan Islam
Mendapat ganjaran pahala dan keampunan Allah SWT.
 
Implikasi Tidak Beradab Dengan Tetamu:
• Tetamu berasa terhina dan tidak dihormati..
• Menimbulkan pergaduhan dan perpecahan.
• Menghilangkan rasa kasih saying antara
masyarakat.
• Menjauhkan orang bukan Islam daripada mendekati
dan memahami Islam.
• Menjadikan institusi pelancongan tidak mendapat
sambutan.
• Menjatuhkan imej diri, masyarakat dan negara
 
Batas Pergaulan Bersama Tetamu:
• Pakaian bersih, menutup aurat dan kemas.
• Jaga suasana rumah supaya tidak mengganggu
ketenteraman tetamu.
• Elak melakukan sesuatu yang menjatuhkan maruah
tetamu
 
                                 ***************************************************
 
Buat Renungan teman-teman
 
Cuba kira... 1Ramadan  pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam   pertengahan bulan ramadan iaitu  hari jumaat 15 ramadan
 dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika dok bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas mai kat bumi ni)Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja maha mengetahui.. .......... .. cuba kita   tengok  hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012
 
Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".
 
 
 UPCOMING IMPORTANT ISLAMIC DATES

2010 Calendar
Islamic New Year: December 18, 2009 (1431 A.H.*)
Aashura: December 27, 2009
Ramadan: August 11 - September 8, 2010
Eid ul-Fitr: September 9, 2010
Hajj: November 14 - November 17, 2010
Eid ul-Adha: November 16, 2010

2011 Calendar
Islamic New Year: December 7, 2010 (1432 A.H.*)
Aashura: December 16, 2010
Ramadan: August 1 - August 29, 2011
Eid ul-Fitr: August 30, 2011
Hajj: November 4 - November 7, 2011
Eid ul-Adha: November 6, 2011

2012 Calendar
Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*)
Aashura: December 5, 2011
Ramadan: July 20 - August 18, 2012
Eid ul-Fitr: August 19, 2012
Hajj: October 24 - October 27, 2012
Eid ul-Adha: October 26, 2012
 
Untuk mengetahui lebih lanjut klik : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7683.0
 
 

 

Wednesday, March 30, 2011

Usrah

Usrah diadakan pada setiap mlm Jumaat, hari Khamis untuk f3. Kami dipimpin oleh kak.Ila, dptlah kmi sdikit ilmu yang amat berguna...

Terjemahan surah Al-Fatihah ( pembukaan)
*Muqaddimah
 -7 ayat
 -'Ummul Quran'(induk al-quran)
 -as sab'ul matsaany ( tujuh yang berulang ulang )
    *ayatnya tujuh dan dibaca berulang ulang kali dalam solat
                tiap tiap pekerjaan yang baik hendaknya dimulai dengan menyebut nama Allah
                                                                                      1  - ﴿ بِسمِ ٱلله الرَّحْمٰنِ الرَّحِيـمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
*

Bahawasanya Allah (سبحانه وتعالى), telah mengajar adab akan nabi-Nya Muhammad (صلى الله عليه وسلم) dan umatnya sekelian satu sunnah yang dibuat sunat dengannya, dan satu jalan yang diikut dengannya, pada memulakan perkataan dan perbuatan; juga segala pekerjaan yang mempunyai cita-cita yang baik (pada syara’), dengan mendahulukan menyebut nama Allah, yang mana segala nama-nama-Nya yang baik, di hadapan perkataan dan perbuatan dan segala pekerjaan, iaitu (بسم الله الرحمن الرحيم). Firman Allah [ Surah Al-’Alaq, ayat 1]::
( اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ )

Ertinya::

”Bacalah dengan nama Tuhan engkau yang telah menjadikan.”


ayat 2 : Segala Puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam
* keimanan - ucapan syukur atas sesuatu nikmat itu bagi Allah
                  - Allah adalah pencipta dan sumber segala nikmat yang terdapat dalam alam ini
                  - nikmat menciptakan, nikmat mendidik, nikmat menumbuhkan.
                  - semua nikmat yang dilihat seseorang dalam dirinya adalah dari Allah S.W.T
SAMBUNGAN AYAT PADA MINGGU HADAPAN
*****************************************

soalan-soalan yang ditanya kami kepada k.Ila :
*Bolehkah kita menggunakan ayat al-Quran sebagai deringan telefon ?
- tidak digalakkan
contohnya : jika kita membawa telefon kedalam toilet, kemudian ada orang call n berbunyi  lah deringan   telefon(ayat al Quran) maka tak eloklah, ayat al-quran adalah suci
                : jika kita mengangkat telefon sebelum habis ayat al quran itu..so, akan mengubah maksudnya..

p/s : begitu juga wallpaper 'Allah' atau ayat al Quran

*perkataan 'kalau' dalam Islam
- bermaksud: kita menyesali masa lalu
cth : "haish, kalaulah hujan tak turun hari tu, tak da lah rumah aku dinaiki air, menyusahkan aku nak bersihkan !
NAMPAK ? kita sepertinya mempetikaikan kekuasaan Allah
                     - apa yang Allah lakukan mesti ada hikmahnya..
so, perkataan 'kalau' itu nampak tak sopan, tengok pada ayat lah..

Nasihat k.Ila : Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui, Allah tahu setiap isi hati kiota, apa yang terlintas di fikiran kita..so, daripada kita hanya berkhayal dan memikirkan perkara yang tidak berfaedah, yang mengundang kepada kemungkaran Allah, lebih baik kita berkomunikasi denganNya.
(on9 24 jam, tak semestinya dalam solat saja)
Dengan cara ini, hidup akan lebih tenang dan kita akan rasa seperti ada orang yang sentiasa bersama kita, ada orang yang akan dengar segala masalah kita.
 contoh : 'Ya, Allah, sekejap lagi aku perlu bentangkan hasil kerja kat depan, so, tolong aku na, moga aku tak nervous..'

InsyaAllah ...segala perkataan, tingkah laku kita akan dijaga dengan baik, moga kehidupan lebih baik dengan adanya Allah di sisi kita..

                                         *****************************************