Terjemahan surah Al-Fatihah ( pembukaan)
*Muqaddimah
-7 ayat
-'Ummul Quran'(induk al-quran)
-as sab'ul matsaany ( tujuh yang berulang ulang )
*ayatnya tujuh dan dibaca berulang ulang kali dalam solat
tiap tiap pekerjaan yang baik hendaknya dimulai dengan menyebut nama Allah
1 - ﴿ بِسمِ ٱلله الرَّحْمٰنِ الرَّحِيـمِ ﴾
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
*
Bahawasanya Allah (سبحانه وتعالى), telah mengajar adab akan nabi-Nya Muhammad (صلى الله عليه وسلم) dan umatnya sekelian satu sunnah yang dibuat sunat dengannya, dan satu jalan yang diikut dengannya, pada memulakan perkataan dan perbuatan; juga segala pekerjaan yang mempunyai cita-cita yang baik (pada syara’), dengan mendahulukan menyebut nama Allah, yang mana segala nama-nama-Nya yang baik, di hadapan perkataan dan perbuatan dan segala pekerjaan, iaitu (بسم الله الرحمن الرحيم). Firman Allah [ Surah Al-’Alaq, ayat 1]::
( اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ )
Ertinya::
”Bacalah dengan nama Tuhan engkau yang telah menjadikan.”
ayat 2 : Segala Puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam
* keimanan - ucapan syukur atas sesuatu nikmat itu bagi Allah
- Allah adalah pencipta dan sumber segala nikmat yang terdapat dalam alam ini
- nikmat menciptakan, nikmat mendidik, nikmat menumbuhkan.
- semua nikmat yang dilihat seseorang dalam dirinya adalah dari Allah S.W.T
SAMBUNGAN AYAT PADA MINGGU HADAPAN
*****************************************
soalan-soalan yang ditanya kami kepada k.Ila :
*Bolehkah kita menggunakan ayat al-Quran sebagai deringan telefon ?
- tidak digalakkan
contohnya : jika kita membawa telefon kedalam toilet, kemudian ada orang call n berbunyi lah deringan telefon(ayat al Quran) maka tak eloklah, ayat al-quran adalah suci
: jika kita mengangkat telefon sebelum habis ayat al quran itu..so, akan mengubah maksudnya..
p/s : begitu juga wallpaper 'Allah' atau ayat al Quran
*perkataan 'kalau' dalam Islam
- bermaksud: kita menyesali masa lalu
cth : "haish, kalaulah hujan tak turun hari tu, tak da lah rumah aku dinaiki air, menyusahkan aku nak bersihkan !
NAMPAK ? kita sepertinya mempetikaikan kekuasaan Allah
- apa yang Allah lakukan mesti ada hikmahnya..
so, perkataan 'kalau' itu nampak tak sopan, tengok pada ayat lah..
Nasihat k.Ila : Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui, Allah tahu setiap isi hati kiota, apa yang terlintas di fikiran kita..so, daripada kita hanya berkhayal dan memikirkan perkara yang tidak berfaedah, yang mengundang kepada kemungkaran Allah, lebih baik kita berkomunikasi denganNya.
(on9 24 jam, tak semestinya dalam solat saja)
Dengan cara ini, hidup akan lebih tenang dan kita akan rasa seperti ada orang yang sentiasa bersama kita, ada orang yang akan dengar segala masalah kita.
contoh : 'Ya, Allah, sekejap lagi aku perlu bentangkan hasil kerja kat depan, so, tolong aku na, moga aku tak nervous..'
InsyaAllah ...segala perkataan, tingkah laku kita akan dijaga dengan baik, moga kehidupan lebih baik dengan adanya Allah di sisi kita..
*****************************************
